Hari Ahad (6hb. Julai 2008), aku menghadiri temasya sukan untuk Tadika Islam Cerdik Al-Farabi(TICAF). Apa lagi kalau bukan sebab Asyraf sekolah kat situ.
Kalau ikut surat yang diberi oleh cikgu, pukul 7.00 pagi aku dah kena bwk Asyraf ke padang Sekolah Kebangsaan Sg. Penchala yang kat belakang rumah aku tu. Tapi pukul 7.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Ngantuk... hari minggu la katakan. Malam tido lambat pulak tu sebab gi jalan2 kat uptown dgn kakak ipar, adik ipar & anak angkat family mertua aku. Bila lagi nak jln2... dah ada peluang tu jalan je la...
Acara bermula bila jam dah hampir sangat kat pukul 9.00 pagi. Mujur pun aku datang lewat, xdelah lama sgt aku kat atas padang. Tapi enjoy jugak tgk budak2 ni. Macam2 fi'il. Biasalah, budak 4, 5 & 6 tahun yang kebanyakannya xde adik beradik lain. Manja. Sikit2 nangis. Terpaksalah mak & bapak ikut serta ke garisan 'barlapan'.
Asyraf yang dah ada adik pun manja bukan main hari tu. Menangis bila aku tak tunggu dia kat khemah. Buat malu company je... Ingatkan boleh berdikari. Rupanya bila dia nampak kawan2 dia berkepit dgn mak ayah, dia sedih. Sibuk cari ibu dia.
Ada 4 acara yang Asyraf masuk.
1) Lari sambil mengepit bola
2) Berjalan seperti itik
3) Lari membawa gelung berpasangan
4) Mengutip bola dalam air
Paling aku rasa lucu, jalan seperti itik. Dapat komplen dari somebody... peserta rumah merah, jalan seperti cipanzi... bukan jalan seperti itik. Asyraf la tu, rumah merah.
Tak larat la nak tulis macam2... yang aku tau, sampai je rumah... aku tumbang!
Chicken Dance
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CAYA LA ABG LONG!!
Baru tgk Asyraf buat, belum tgk Ba'is buat lagi...