Temasya Sukan Tahunan TICAF




Hari Ahad (6hb. Julai 2008), aku menghadiri temasya sukan untuk Tadika Islam Cerdik Al-Farabi(TICAF). Apa lagi kalau bukan sebab Asyraf sekolah kat situ.

Kalau ikut surat yang diberi oleh cikgu, pukul 7.00 pagi aku dah kena bwk Asyraf ke padang Sekolah Kebangsaan Sg. Penchala yang kat belakang rumah aku tu. Tapi pukul 7.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Ngantuk... hari minggu la katakan. Malam tido lambat pulak tu sebab gi jalan2 kat uptown dgn kakak ipar, adik ipar & anak angkat family mertua aku. Bila lagi nak jln2... dah ada peluang tu jalan je la...

Acara bermula bila jam dah hampir sangat kat pukul 9.00 pagi. Mujur pun aku datang lewat, xdelah lama sgt aku kat atas padang. Tapi enjoy jugak tgk budak2 ni. Macam2 fi'il. Biasalah, budak 4, 5 & 6 tahun yang kebanyakannya xde adik beradik lain. Manja. Sikit2 nangis. Terpaksalah mak & bapak ikut serta ke garisan 'barlapan'.

Asyraf yang dah ada adik pun manja bukan main hari tu. Menangis bila aku tak tunggu dia kat khemah. Buat malu company je... Ingatkan boleh berdikari. Rupanya bila dia nampak kawan2 dia berkepit dgn mak ayah, dia sedih. Sibuk cari ibu dia.

Ada 4 acara yang Asyraf masuk.
1) Lari sambil mengepit bola
2) Berjalan seperti itik
3) Lari membawa gelung berpasangan
4) Mengutip bola dalam air

Paling aku rasa lucu, jalan seperti itik. Dapat komplen dari somebody... peserta rumah merah, jalan seperti cipanzi... bukan jalan seperti itik. Asyraf la tu, rumah merah.

Tak larat la nak tulis macam2... yang aku tau, sampai je rumah... aku tumbang!


Chicken Dance

8 Comments:

  1. ~♥ UmmiAnni ♥~ said...
    wah..caap camne dia masa sukan tu...??dapat no bape...mesti hebat ni..maklumla dgn kasut sport yg hebat tu..mesti dia pun hebat kan..
    jogi da bomb said...
    Hahaha... kasut sport dia je yang hebat, tapi dia malas nak lari. Main2 je masa sukan. Tapi dapat jugakla hadiah. Berjalan seperti cipanzi dpt no. 2, lari sambil kepit bola dapat no. 3. Yang lain, corot...
    ~♥ UmmiAnni ♥~ said...
    waa...Ummi Yang bekenan dgn tarian ayam tu..tapi terserlah kehebatan caap menari..yg lain2 tu cam malu jek..bravo caap..
    jogi da bomb said...
    Hahaha... Caap kalau pasal menari, pasal menyanyi memang pantang. Pantang disuruh! Pantang diajar! Tak padan dengan cucu ustaz...
    yammie da yammots said...
    dah atoknya pun ustaz rock...apalagilah cucunya..belum lagi menantunya.........oppss,Mi Long nyampuk pulak!!!!
    jogi da bomb said...
    Menantunya ke... anaknya yang rock? Kalau menantunya, mmg ada. Tapi, sikit la... ;)
    nazrin said...
    hahahahahah....pecah perut aku tengok ca'ap chiken dance..itu ker chicken dance?? aku baru tau..hahaha
    CAYA LA ABG LONG!!
    jogi da bomb said...
    Hahaha... buat pengetahuan Michu, itulah tarian Chicken Dance yang telah diwar2kan sebelum ni.
    Baru tgk Asyraf buat, belum tgk Ba'is buat lagi...

Post a Comment