Jenguk Sekejap

Assalamualaikum...

Hai... lama betul tak jenguk rumah sendiri. Bukan aje dah bersawang, tapi juga dah berkulat dan berlumut sana sini.

Bukan la malas, tapi betul-betul tak sempat. Beberapa bulan yang lalu sibuk dengan kerja-kerja office. Ni, bila dah jadi suri rumah sepenuh masa... sibuk dengan rumah la pulak. Pendek kata sibuk sepanjang masa.

26hb. November '08 yang lalu saya pindah rumah di Ampang. Dah sebulan berlalu, tapi rumah saya... opps, rumah sewa saya belum juga dapat saya kemas sepenuhnya. Barulah saya tahu betapa susahnya berpindah randah. Daripada sebelum pindah, sampai la selepas pindah.

25hb. Oktober '08, saya meletakkan jawatan di AZSB. Sehari selepas itu, saya start berulang dari Sungai Penchala ke Ampang. Bawak barang2 yang boleh disumbatkan dalam kereta. Sebulan saya berulang alik. Daripada kereta Wira, tukar pulak ke Wish... barang yang diangkut tak juga habis2. Seksa betul rasanya masa tu.

Sekarang seksa mengangkut barang dah selesai, tapi seksa lain pulak yang datang. Seksa nak mengemas barang. Tak tahu nak simpan barang-barang kat mana, walhal banyak juga barang yang saya dah buang.

Malam ni, otak saya dah berserabut. Ada lagi dua tiga barang yang belum saya ponggah dari plastik hitam. Cadangnya nak siapkan berkemas sebelum saya bersalin hujung bulan Januari '09 tahun depan, tapi nampaknya tak kesampaian... sebab esok saya dah nak balik kampung. Bermakna, tiga bulan saya akan tinggalkan rumah saya.

Doakan semoga saya akan dapat menjejakkan semula kaki saya ke rumah ini. Amin...

Kusut vs Serabut

Dunia penuh dengan fitnah
Penuh dengan iri hati dan hasad dengki
Penuh dengan pelakon2 yang kita sangsi akan watak2nya
Jahatkan mereka, atau baikkah?

Sebagai manusia, dan sebagai hambaNYa...
Sentiasalah berdoa mudah-mudahan kita sentiasa selamat di dalamnya.
Amin...

???

Allahu Akbar...

Hari ni aku jadi seorang yang pelupa. Aku ingatkan hari ni dah 17hb. Julai... rupa2nya baru 16hb. Julai. Bukan apa, excited sgt sbb 17hb. Julai ni birthday Ba'is. Ibunya excited bukan sbb apa, mana tau kut2 ada rezeki nak makan kek Secret Receipe. Hehehe...

Birthday, birthday jgk... tp debat DSAI dgn wakil BN malam tadi xleh jgk campak ke tepi. Aku tak dpt tgk live kat TV, sbb anak2 aku sibuk nak tgk CERIA. Tak sampai seminit aku kalih, diorg dah menjerit. Eii... tak apalah. Aku yakin mesti ada kat u.tube pya. Dan pagi td, aku tak pegi u.tube dulu... aku pegi blog kakak ipar aku. Fuhh... lega... semuanya dah ada kat situ. Ulasan2 pun dah ada. Xyah la aku sibuk2 nak cari kat U.tube tu. Thanks akak a.k.a ummi anni!

Bila dah tgk, puas hati aku... mmg DSAI byk hujah jika dibandingkan dgn Saberi Cheek yg lbh byk membuat serangan peribadi atas DSAI. Dlm pada tgk tu, aku cuba membayangkan kalau DSAI berdebat dgn Pak Lah. Mau Pak Lah byk ternganga drp berckp. Hehehe... jahat betul fikiran aku ni.

Bila aku tgk debat ni kat ofc, kwn2 lain pun join sama... (xde keje la tu...). Macam2 komen yang diorg buat. Aku tak tahulah diorg ni sokong siapa sbb pagi td diorg berpayung dgn payung BERLAMBANG DACING, tp diorg nmpk cam sokong dgn hujah2 DSAI. Eii... mana2lah...




Hari Ahad (6hb. Julai 2008), aku menghadiri temasya sukan untuk Tadika Islam Cerdik Al-Farabi(TICAF). Apa lagi kalau bukan sebab Asyraf sekolah kat situ.

Kalau ikut surat yang diberi oleh cikgu, pukul 7.00 pagi aku dah kena bwk Asyraf ke padang Sekolah Kebangsaan Sg. Penchala yang kat belakang rumah aku tu. Tapi pukul 7.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Ngantuk... hari minggu la katakan. Malam tido lambat pulak tu sebab gi jalan2 kat uptown dgn kakak ipar, adik ipar & anak angkat family mertua aku. Bila lagi nak jln2... dah ada peluang tu jalan je la...

Acara bermula bila jam dah hampir sangat kat pukul 9.00 pagi. Mujur pun aku datang lewat, xdelah lama sgt aku kat atas padang. Tapi enjoy jugak tgk budak2 ni. Macam2 fi'il. Biasalah, budak 4, 5 & 6 tahun yang kebanyakannya xde adik beradik lain. Manja. Sikit2 nangis. Terpaksalah mak & bapak ikut serta ke garisan 'barlapan'.

Asyraf yang dah ada adik pun manja bukan main hari tu. Menangis bila aku tak tunggu dia kat khemah. Buat malu company je... Ingatkan boleh berdikari. Rupanya bila dia nampak kawan2 dia berkepit dgn mak ayah, dia sedih. Sibuk cari ibu dia.

Ada 4 acara yang Asyraf masuk.
1) Lari sambil mengepit bola
2) Berjalan seperti itik
3) Lari membawa gelung berpasangan
4) Mengutip bola dalam air

Paling aku rasa lucu, jalan seperti itik. Dapat komplen dari somebody... peserta rumah merah, jalan seperti cipanzi... bukan jalan seperti itik. Asyraf la tu, rumah merah.

Tak larat la nak tulis macam2... yang aku tau, sampai je rumah... aku tumbang!


Chicken Dance

Asyraf... Asyraf...

Hmm... lama betul aku tak melibatkan diri dalam dunia blog. Blog aku yang dulu2 semua dah terkubur dalam alam cyber. Dah Innalillah...

Disebabkan wujudnya blog kuarga BOSS, maka secara tak langsung aku rasa terpanggil untuk kembali berkongsi cerita di dalam blog dengan sesiapa je yang mengenali aku. Fuhhh... hebat sungguh penangan blog kuarga BOSS tu. Ke, sebab ada perkataan BOSS tu yang buat aku rasa ingin kembali ke alam blog? Kesimpulannya, wallahua'alam...

Hari ni aku nak rasmikan blog aku dgn cerita anak aku yang sulung. Siapa lagi kalau bukan Asyraf a.k.a A.Long a.k.a Caap. Bila abah dia takde je, mulalah dia buat fi'il. Bukan fi'il Madhi, bukan fi'il Mudhorik atau pun fi'il Amar (istilah bhs arab... hehe, nak mengimbas zaman sekolah).

Seperti biasa setiap pagi sebelum jam 8, aku akan kejut caap. Suruh dia bangun, mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Dia dah lama tak buat hal, tapi pagi tadi... bila aku kejut dia buat tak tahu je. Last2 bila aku tak berenti kejut, dia mulalah cakap. "Ibu tak nampak ke ni, a.long tengah sakit perut?" Aku terus la tepuk2 perut dia, nak check kembung ke tak. Ok je, tapi aku cakap kat dia. "Mandi dulu, nanti ibu sapu ubat. Lepas tu kita pegi sekolah." Dia buat nehen je. Macam2 aku pujuk, tapi reaksi dia ttp sama. Melepek je atas tilam, sambil pejam mata. Sudahnya aku cakap la... "Oklah, kalau sakit sangat... a.long pegi je rumah ibu mizah (baby sitter second baby). Bila dia dgr je aku cakap mcm tu, automatik dia bgn... dan meluru pegi bilik air... mandi. Dalam hati aku, "Amboi budak ni... dgr nak ddk rumah Ibu Mizah, terus sihat."

Dalam kereta, aku pujuk jugak nak htr dia ke sekolah. Dia dah muncung. Sampai rumah baby sitter tu, dia dulu turun dari kereta dan terus masuk rumah. Aku dah tak boleh nak kata apa. Janji, esok dia tak buat hal lagi.


;;