Si Ligat



Ai... rajin betul anak aku yang sorang ni tolong gosok tudung makciknya. macam disuruh-suruh.

Setakat ni, inilah anak aku yang paaaling ligat. Lebih ligat daripada pusingan gasing. Selama duduk di kampung ni, macam-macam yang dikerjakannya. Kejar ayamlah... main anak ayam/anak kucinglah... main dalam kandang kambinglah, panjat dinding, panjat tingkap, panjat almari. Semuanya cukup. Completed!

Pantang pintu tak berkunci, mulalah dia melarikan diri dari rumah. Tak dapat pintu belakang, pintu depan. Begitu jugalah sebaliknya.

Pendek kata, sejak aku duduk kat kampung... semua orang kena berjaga2. Bila dengar anak kucing menjerit, mesti nama dia dulu yang disebut. "Ba'is mana, Ba'is?" Seperti mana yang dijangkakan... dia sedang mengerjakan anak kucing. Dicekiknya kawan tu sampai tak bernafas. Anak2 kucing tu apa lagi... sejak tu, setiap kali nampak muka dia... masing2 berlari nak menyelamatkan diri. Panjat dinding!

Anak ayam pulak, dah dipicitnya... dicampak pulak ke dinding. Habis keluar isi perut dan Innalillah... Habis anak ayam opah!

Kambing yang besar tu pun terjerit2 kalau dia datang ke kandang. Entah apa dibuatnya, aku sendiri pun tak tau. Bukan tak pernah kena tanduk, tapi dia memang tak pernah nak serik. Itulah dia budaknya... "Ba'is Wujdan Nasution". Budak yang paling pandai cari kerja. Tak payah disuruh2!

HOREY!!!

Alhamdulillah... Pejam celik... pejam celik... sedar2 tempoh berpantang aku telah pun berakhir pada 11hb Mac 2009 yang lalu. Tak sabar2 aku nak mengomel dalam blog ni.

Sesungguhnya berpantang untuk kali ini betul2 menduga tahap kesabaran aku. Apa taknya, setiap kali masuk dapur... macam2 lauk yang aku nampak. Buat aku kecur air liur je. Dalam hati... 'hai, bilalah aku nak habis pantang ni...'

Masa anak pertama, aku berpantang ikut style arwah nenek aku. Aku boleh makan sup, boleh makan ikan goreng... Masa anak kedua pulak, aku ikut style berpantang mak mertua aku. Maklumlah... masa tu aku berpantang kat rumah mertua.

Style mak mertua aku, makan nasi dengan ikan bilis/gelama goreng tanpa minyak, bawang putih dan serbuk lada hitam. Itu jelah yang aku makan sepanjang tempoh berpantang. Aku tak kisah... yang penting ianya baik untuk aku. Tapi masa tu keinginan aku untuk makan macam2 mmg xde... sebab aku 'dikuarantin', tak jumpa dapur. Boleh la aku menanti dengan sabar... hehehe... Anak ketiga ni, aku berpantang ikut style mak mertua aku gak. Tapi sebab selalu nampak dapur, tu yang jadi kurang sabar tu...

Walaupun aku dah habis pantang, tapi tak tahulah bila aku nak balik KL. Husband aku pun kata, duduk dulu kat kampung. Aku tak kisah sebab aku pun sebenarnya tengah fikirkan pasal anak aku yang kedua ni. Husband aku dahla jarang ada kat rumah. Dibuatnya aku tinggal bertiga dengan anak aku yang dua orang ni (anak sulung aku sekolah kat kampung... SRJK C POOI AING), mau aku tido berdiri. Faham2 jelah anak aku yang kedua ni... hyper sikit. Semua benda dia nak panjat, nak explore. Jerit sampai keluar anak tekak pun belum tentu dia nak dengar cakap kita.

Bila agaknya baru aku dapat menjejakkan kaki semula kat KL? 25hb April 2009 ni adik aku nak bertunang. 1hb Mei 2009 pulak, adik ipar aku nak kahwin. Mungkinkah selepas semua majlis tu selesai baru aku balik ke sana? Nampaknya semenjak berkahwin, inilah tempoh yang paling lama aku berada di kampung. Bayangkanlah, darri 24hb Disember 2008 hinggalah ke hari ini. Takpelah... sebab aku pun tak kerja... boleh la duduk lama2. Boleh tolong adik/ adik ipar aku buat persiapan. itupun kalau khidmat aku diperlukan...

Assalamualaikum...

Musim persekolahan kembali bermula. Bermakna bermulalah rutin harian aku untuk hantar dan ambil anak aku yang sulung dari sekolah. Kalau tahun lepas aku hantar dan ambil dia di TICAF (Tadika Islam Cerdik Al-Farabi), tahun ini lain pulak ceritanya. Aku hantar dan ambil dia di Tadika Pooi Aing. Agak janggal bunyinya, tapi itulah hakikatnya... aku sekolahkan Asyraf di sekolah Cina. Nak bagi dia pandai cakap Cina macam Ummi Yang dan Ummi Da nya.

Di samping menghantar dan mengambil Asyraf dari sekolah, aku juga kena 'menghantar dan mengambil diri sendiri' di klinik. (Hehe... apa punya bahasalah...). Aku tak kisah kena pegi klinik tiap-yiap minggu, yang aku kisah kalau kena ambil darah. Ai... penat2 aku makan, senang2 darah aku diambil. Apa boleh buat, dah prosedur camtu.

Sekarang aku tengah berusaha untuk tambah darah sebab bacaan 'hb' aku hanya 10.6, masih belum mencapai bacaan yang sepatutnya iaitu 11 ke atas. Memang itulah masalah aku setiap kali mengandung. Mesti tak cukup darah. Apa2 pun, aku harap masalah ni akan berakhir sebelum aku bersalin macam yang lepas2. Amin...

;;