Si Ligat



Ai... rajin betul anak aku yang sorang ni tolong gosok tudung makciknya. macam disuruh-suruh.

Setakat ni, inilah anak aku yang paaaling ligat. Lebih ligat daripada pusingan gasing. Selama duduk di kampung ni, macam-macam yang dikerjakannya. Kejar ayamlah... main anak ayam/anak kucinglah... main dalam kandang kambinglah, panjat dinding, panjat tingkap, panjat almari. Semuanya cukup. Completed!

Pantang pintu tak berkunci, mulalah dia melarikan diri dari rumah. Tak dapat pintu belakang, pintu depan. Begitu jugalah sebaliknya.

Pendek kata, sejak aku duduk kat kampung... semua orang kena berjaga2. Bila dengar anak kucing menjerit, mesti nama dia dulu yang disebut. "Ba'is mana, Ba'is?" Seperti mana yang dijangkakan... dia sedang mengerjakan anak kucing. Dicekiknya kawan tu sampai tak bernafas. Anak2 kucing tu apa lagi... sejak tu, setiap kali nampak muka dia... masing2 berlari nak menyelamatkan diri. Panjat dinding!

Anak ayam pulak, dah dipicitnya... dicampak pulak ke dinding. Habis keluar isi perut dan Innalillah... Habis anak ayam opah!

Kambing yang besar tu pun terjerit2 kalau dia datang ke kandang. Entah apa dibuatnya, aku sendiri pun tak tau. Bukan tak pernah kena tanduk, tapi dia memang tak pernah nak serik. Itulah dia budaknya... "Ba'is Wujdan Nasution". Budak yang paling pandai cari kerja. Tak payah disuruh2!

2 Comments:

  1. Hezzy Azra... said...
    Salam Jogi,
    Ketawa akak baca post ni... dpt dibayangkan camana rupa Ba'is melakukan semua 'kerja-kerja' tu... mesti tanpa rasa bersalah, kan? Hehe...
    jogi da bomb said...
    Salam Kak Hezzy...

    Ha'ah, muka dia sikit takde rasa bersalah. Orang marah, dia senyum je...

    Paling mahal... perkataan 'jap... jap...' dia tu. Tak kira dia buat apa, bila kita larang mulalah dia sebut 'jap..jap..' siap dgn isyarat tgn

Post a Comment