Jenguk Sekejap

Assalamualaikum...

Hai... lama betul tak jenguk rumah sendiri. Bukan aje dah bersawang, tapi juga dah berkulat dan berlumut sana sini.

Bukan la malas, tapi betul-betul tak sempat. Beberapa bulan yang lalu sibuk dengan kerja-kerja office. Ni, bila dah jadi suri rumah sepenuh masa... sibuk dengan rumah la pulak. Pendek kata sibuk sepanjang masa.

26hb. November '08 yang lalu saya pindah rumah di Ampang. Dah sebulan berlalu, tapi rumah saya... opps, rumah sewa saya belum juga dapat saya kemas sepenuhnya. Barulah saya tahu betapa susahnya berpindah randah. Daripada sebelum pindah, sampai la selepas pindah.

25hb. Oktober '08, saya meletakkan jawatan di AZSB. Sehari selepas itu, saya start berulang dari Sungai Penchala ke Ampang. Bawak barang2 yang boleh disumbatkan dalam kereta. Sebulan saya berulang alik. Daripada kereta Wira, tukar pulak ke Wish... barang yang diangkut tak juga habis2. Seksa betul rasanya masa tu.

Sekarang seksa mengangkut barang dah selesai, tapi seksa lain pulak yang datang. Seksa nak mengemas barang. Tak tahu nak simpan barang-barang kat mana, walhal banyak juga barang yang saya dah buang.

Malam ni, otak saya dah berserabut. Ada lagi dua tiga barang yang belum saya ponggah dari plastik hitam. Cadangnya nak siapkan berkemas sebelum saya bersalin hujung bulan Januari '09 tahun depan, tapi nampaknya tak kesampaian... sebab esok saya dah nak balik kampung. Bermakna, tiga bulan saya akan tinggalkan rumah saya.

Doakan semoga saya akan dapat menjejakkan semula kaki saya ke rumah ini. Amin...

;;