???

Allahu Akbar...

Hari ni aku jadi seorang yang pelupa. Aku ingatkan hari ni dah 17hb. Julai... rupa2nya baru 16hb. Julai. Bukan apa, excited sgt sbb 17hb. Julai ni birthday Ba'is. Ibunya excited bukan sbb apa, mana tau kut2 ada rezeki nak makan kek Secret Receipe. Hehehe...

Birthday, birthday jgk... tp debat DSAI dgn wakil BN malam tadi xleh jgk campak ke tepi. Aku tak dpt tgk live kat TV, sbb anak2 aku sibuk nak tgk CERIA. Tak sampai seminit aku kalih, diorg dah menjerit. Eii... tak apalah. Aku yakin mesti ada kat u.tube pya. Dan pagi td, aku tak pegi u.tube dulu... aku pegi blog kakak ipar aku. Fuhh... lega... semuanya dah ada kat situ. Ulasan2 pun dah ada. Xyah la aku sibuk2 nak cari kat U.tube tu. Thanks akak a.k.a ummi anni!

Bila dah tgk, puas hati aku... mmg DSAI byk hujah jika dibandingkan dgn Saberi Cheek yg lbh byk membuat serangan peribadi atas DSAI. Dlm pada tgk tu, aku cuba membayangkan kalau DSAI berdebat dgn Pak Lah. Mau Pak Lah byk ternganga drp berckp. Hehehe... jahat betul fikiran aku ni.

Bila aku tgk debat ni kat ofc, kwn2 lain pun join sama... (xde keje la tu...). Macam2 komen yang diorg buat. Aku tak tahulah diorg ni sokong siapa sbb pagi td diorg berpayung dgn payung BERLAMBANG DACING, tp diorg nmpk cam sokong dgn hujah2 DSAI. Eii... mana2lah...




Hari Ahad (6hb. Julai 2008), aku menghadiri temasya sukan untuk Tadika Islam Cerdik Al-Farabi(TICAF). Apa lagi kalau bukan sebab Asyraf sekolah kat situ.

Kalau ikut surat yang diberi oleh cikgu, pukul 7.00 pagi aku dah kena bwk Asyraf ke padang Sekolah Kebangsaan Sg. Penchala yang kat belakang rumah aku tu. Tapi pukul 7.30 pagi baru aku keluar dari rumah. Ngantuk... hari minggu la katakan. Malam tido lambat pulak tu sebab gi jalan2 kat uptown dgn kakak ipar, adik ipar & anak angkat family mertua aku. Bila lagi nak jln2... dah ada peluang tu jalan je la...

Acara bermula bila jam dah hampir sangat kat pukul 9.00 pagi. Mujur pun aku datang lewat, xdelah lama sgt aku kat atas padang. Tapi enjoy jugak tgk budak2 ni. Macam2 fi'il. Biasalah, budak 4, 5 & 6 tahun yang kebanyakannya xde adik beradik lain. Manja. Sikit2 nangis. Terpaksalah mak & bapak ikut serta ke garisan 'barlapan'.

Asyraf yang dah ada adik pun manja bukan main hari tu. Menangis bila aku tak tunggu dia kat khemah. Buat malu company je... Ingatkan boleh berdikari. Rupanya bila dia nampak kawan2 dia berkepit dgn mak ayah, dia sedih. Sibuk cari ibu dia.

Ada 4 acara yang Asyraf masuk.
1) Lari sambil mengepit bola
2) Berjalan seperti itik
3) Lari membawa gelung berpasangan
4) Mengutip bola dalam air

Paling aku rasa lucu, jalan seperti itik. Dapat komplen dari somebody... peserta rumah merah, jalan seperti cipanzi... bukan jalan seperti itik. Asyraf la tu, rumah merah.

Tak larat la nak tulis macam2... yang aku tau, sampai je rumah... aku tumbang!


Chicken Dance

;;